Sukan Hari Ini

Ramsey belum boleh beraksi

BINTANG tengah Arsenal, Aaron Ramsey masih belum pulih daripada kecederaan dan tidak akan diturunkan sehingga pertengahan Oktober.

Perkhabaran itu sudah tentu merisaukan Arsene Wenger yang mengharapkan bintangnya itu dapat pulih segera bagi menyuntik sengat di bahagian tengah The Gunners.

Ramsey juga tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea, semalam.

“Ramsey masih berjuang untuk pulih daripada kecederaan hamstring. Saya sedikit kecewa kerana dia hampir pasti diturunkan menentang Chelsea. Saya rasa dia masih takut-takut dengan kecederaan yang dialami.

“Setiap kali dia rasa sakit ketika berlatih, kami terpaksa memberikannya rehat. Jadi saya kira dia belum bersedia untuk diturunkan sekurang-kurangnya sebulan lagi,” katanya.

Kali terakhir Ramsey bermain adalah ketika kalah kepada Liverpool, 3-4 di dalam perlawanan EPL.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");