Jenayah

Reman lapan suspek kes bunuh dua beranak dilanjut

JOHOR BAHRU: Reman ke atas lapan suspek untuk kes pembunuhan dua beranak di Taman Puteri Wangsa, dekat Ulu Tiram, di sini dilanjutkan empat hari lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah tahanan reman yang bermula esok (Rabu) sehingga Jumaat ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Nor Hidayah Manaf di Mahkamah Majistret Johor Bahru, petang tadi.

Kesemua suspek yang berumur 18 hingga 32 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret, di sini dengan berpakaian lokap berwarna oren dan ungu, kira-kira jam 3.15 petang.

Tahanan reman itu dibuat untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Turut kelihatan keluarga kesemua suspek bagi mengetahui perkembangan kes berkenaan.

Terdahulu, dua beranak ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh di rumah mereka di Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa dekat Ulu Tiram di sini, Rabu lepas.

Mayat mangsa, M Navamany, 56, dan anak perempuannya, S Turgadevi, 16, ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan oleh anak kedua mangsa, S Perabakaran, 33, kira-kira jam 11 pagi.

Dua suspek utama kes tersebut kemudiannya berjaya dicekup dalam cubaan melarikan diri ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres di kilometer 142.4 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) susur ke Pagoh, Muar sejurus kira-kira lapan jam selepas kejadian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");