Sukan Hari Ini

Schurrle jadi penyelamat Dortmund

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid hanya sekadar mampu mencatatkan keputusan seri dengan Borussia Dortmund, 2-2, dalam aksi saingan Liga Juara-juara awal pagi tadi yang berlangsung di Signal Iduna Park.

Dalam aksi tersebut, bintang Madrid, Christiano Ronaldo terlebih dahulu membuka jaringan selepas menghasilkan gol pada minit ke 17 sekali gus meletakkan kelab kendalian Zinade Zidane itu berada di hadapan.

Difahamkan, jaringan Ronaldo tersebut merupakan catatan gol peribadinya yang ke 95 dalam aksi saingan Liga Juara-juara.

Namun begitu, kegembiraan Madrid tidak berpanjangan apabila penyerang sensasi Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 43.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Madrid, Raphael Varane berjaya meletakkan kelab berkenaan di hadapan semula pada minit ke 68 namun Andre Schuerrle menyelamatkan Dortmund dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87 bagi memastikan keputusan seri 2-2.

Pengendali Madrid, Zidane memaklumkan bahawa anak buahnya telah beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut namun keputusan yang diperoleh amat sukar untuk diterima.

“Saya rasa dalam separuh masa pertama permainan kami agak sukar memandang pasukan lawan banyak memberi tekanan dan kami tahu sukar mendapat tempat ketika bertemu dengan pasukan yang baik.

“Namun saya amat berbangga dengan cara permainan kami,”katanya.-CNN/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");