Jenayah

Seorang maut, 8 cedera nahas tiga kenderaan

TRONG – Seorang maut sementara lapan lagi dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas di Jalan Trong, Kampung Batu 11, pagi tadi.

Kejadian jam 7.30 pagi itu melibatkan sebuah treler membawa muatan dedak, sebuah bas dan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa maut merupakan pemandu treler, seorang lelaki berusia 27 tahun yang dilaporkan tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.36 pagi dan dua jentera bersama lapan anggota telah bergegas ke lokasi kemalangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita dapati pemandu lori dan penunggang motosikal tersepit menyebabkan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan,” katanya.

Semua mangsa nahas berkenaan dibawa ke Hospital Taiping.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");