Jenayah

Sewa tak bayar rumah pula punah

Johor Bahru: “Sudahlah kamu tak bayar sewa rumah, lepas tu kamu hancurkan pula rumah ini,” demikian luahan rasa sedih pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 33, mengenai sikap penyewa rumahnya di Taman Seri Intan, Kluang.

Kisah penyewa terbabit diviralkan dalam laman sosial selepas pemilik rumah berkenaan mendapati kediaman itu yang disewakan kepada sepasang suami isteri ditinggalkan dalam keadaan menyedihkan.

Malah, Umi turut menyifatkan penyewa rumahnya itu berhati kering kerana bukan saja tidak menjelaskan sewa rumah tertunggak tetapi juga merosakkan kediamannya itu.

Perkongsian pengalaman Umi mendapat 9,000 ‘like’ dan menerima komen melebihi 400 pengguna laman web berkenaan.

Umi berkata, dia cuba menghubungi penyewa berkenaan dan meninggalkan pesanan ringkas untuk menuntut sewa tertunggak selama dua bulan berjumlah RM500 sebelum sambutan Aidiladha, baru-baru ini.

“Bagaimanapun, panggilan saya itu tidak dijawab, malah mesej menerusi aplikasi WhatsApp juga tidak dibalas, malah disekat oleh pasangan suami isteri terbabit.

“Lebih menyedihkan saya bukan saja dianiaya seperti itu, malah turut dimaki dan dimarahi ketika pergi ke Kluang untuk menuntut sewa,” katanya.

Menurutnya, wang berkenaan biasanya akan dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya namun ia tidak dijelaskan sejak Aidiladha lalu.

Katanya, pasangan terbabit menyewa rumah berkenaan sejak setahun lalu.

“Saya faham kalau tidak boleh bayar sewa, tetapi bukan cara macam ini.

“Saya tolong dia dengan masuk ke sini tanpa mengenakan deposit dan bulan-bulan cuma bayar RM250, kalau penyewa lama saya letak RM350,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");