Sukan Hari Ini

Shapawi kecewa empat atlet harapan gagal doping

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail kecewa dengan empat atlet yang didapati positif pada temasya Sukan Malaysia Sarawak dan memaklumkan identiti empat atlet itu hanya akan didedahkan selepas atlet terbabit menerima surat rasmi daripada Adamas, hari ini.

“Persatuan sukan kebangsaan yang bertanggungjawab memaklumkan nama atlet terbabit. Kami memberi tempoh kepada atlet terbabit hingga 15 Oktober ini untuk membuat pengakuan atau mencabar sampel B.

“Selepas 15 Oktober, kami akan mengadakan sesi pendengaran untuk mendapatkan penjelasan daripada atlet itu sendiri sebelum menghantar laporan kepada Menteri (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi SUKMA,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan atlet sama ada remaja atau elit supaya mempunyai kesedaran mengenai kesan pengambilan bahan terlarang yang disenaraikan WADA bagi memastikan isu doping dalam kalangan atlet dapat diatasi.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Mejar Amir Suharman Adnan terkejut dengan perkara itu sambil berharap isu itu dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.

“Kalau boleh kami mahu selesaikan secepat mungkin kerana atlet itu mungkin masih belajar dan kami perlu beri peluang kepada mereka untuk membela diri dan proses pengadilan mengenai perkara ini tetap akan berjalan,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");