Panasnya Hari Ini

‘Siapa Kata Melayu Sokong Najib’

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan sekiranya berpendapat langkah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi kelebihan kepada UMNO, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung parti itu berkata, beliau menyedari bahawa pembangkang bimbang mengenai persempadanan semula oleh SPR itu bagi mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu.

Ujarnya, sejak kebelakangan ini, beliau tidak pernah berjumpa mana-mana orang Melayu yang mengatakan sokongan kepada perdana menteri dan UMNO.

“Siapa kata Melayu sokong Najib dan UMNO? Saya tak jumpa seorang pun Melayu dalam beberapa bulan lepas, yang menyokong Najib dan UMNO.

“Saya percaya ramai Melayu tak percaya Najib dan mahu lihat perubahan kepimpinan,”katanya memetik laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui bahawa pembangkang memerlukan strategi yang betul untuk menarik pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, cadangan SPR untuk membuat persempadanan semula oleh SPR menimbulkan kebimbangan parti politik di Negara ini.

DAP pula menggesa pilihan raya diadakan lebih awal di Selangor tetapi Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali menolak cadangan itu kerana menyifatkan ianya mengkhianati mandat yang diberikan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");