Berita Hari Ini

Sultan Sharafuddin rasmi Bait Al-Mawaddah

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor dikenali sebagai Bait Al-Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini, semalam.

Pusat perlindungan yang beroperasi sejak 4 September 2014 itu dibina Lembaga Zakat Selangor (LZS) di tanah wakaf seluas 0.6 hektar milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kos RM3 juta.

Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, Bait Al-Mawaddah antaranya dilengkapi dengan 26 bilik, surau, pusat fisioterapi, klinik, bilik kaunseling, bilik bacaan dan taman herba.

Menurut beliau, bangunan yang mampu menampung sehingga 52 penghuni itu melaksanakan pelbagai program termasuk aktiviti keagamaan dan pendidikan seperti kelas al-Quran serta fardu ain selain latihan atau kursus yang bergantung kepada keperluan warga emas berkenaan.

“Bait Al-Mawaddah yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diuruskan sepenuhnya oleh LZS di bawah jawatankuasa penasihat yang berfungsi memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan pusat itu.

“Sehingga kini, 36 penghuni terdiri daripada 20 lelaki dan 16 wanita berusia 55 tahun hingga 86 tahun ditempatkan di pusat ini dan disantuni oleh 17 kakitangan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Mencemar duli Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Baginda bersama Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli dengan meluangkan masa sejam melihat lebih dekat pusat perlindungan dan aktiviti yang dilakukan penghuni sejurus majlis perasmian.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");