Perak Hari Ini

Surat Palsu : Individu Setuju Beri Kerjasama

SITIAWAN : Individu yang menghantar surat berkaitan pelantikan Sultan Perak ke-36 telah menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama dalam menjalankan siasatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya telah membuat laporan polis pada Khamis dan siasatan sedang dijalankan.

“Saya mendapat maklumat dari pejabat saya bahawa individu yang menghantar surat itu akan memberi kerjasama untuk memaklumkan dalang yang membuat surat tersebut.

“Kalau individu itu sudah menyatakan persetujuannya untuk memberi kerjasama, ianya tidak sukar untuk mengenalpasti (individu yang membuat surat tersebut),”katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Mukim Lekir dan Kampung Baru Air Tawar di sini, hari ini.

Zambry dalam satu sidang media yang diadakan pada Rabu, menafikan pihaknya mengeluarkan sepucuk surat berhubung perlantikan Kesultanan Melayu Perak ke-36.

Beliau berkata surat yang dikeluarkan dengan menggunakan kepala surat (letter head) pejabat Menteri Besar adalah palsu.

“Pejabat Menteri Besar telah menerima satu surat yang telah dipalsukan dengan menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar dengan memaklumkan bahawa saya telah mengisytiharkan bahawa Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak yang ke 36,” katanya.

Terdahulu pejabat Menteri Besar telah menerima sepucuk surat bertajuk ‘surat perlantikan kesultanan Melayu Perak ke-36’ yang menyatakan Menteri Besar telah mengisytiharkan bahawa Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak yang ke-36.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");