Membawang Hari Ini

Teguran bermakna orang ramai peduli – Fathia Latiff

KUALA LUMPUR: Sering menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial, pelakon, Fathia Latiff, mengambil pendekatan berdiplomasi saat berdepan situasi sebegitu.

Selepas bertudung pada Mac lalu, ramai di kalangan pengguna laman sosial yang pantas menghukum bintang drama Ariana Rose ini setiap kali beliau dilihat mengenakan pakaian mahupun melakukan sesuatu yang dilihat kurang bersesuaian dengan imej baharunya itu.

Menurut Fathia, selain bersikap terbuka dengan kritikan yang membina, beliau sendiri tidak pernah menganggap dirinya insan sempurna.

“Saya sudah meminta maaf dan memaafkan mereka di atas kesilapan diri. Saya tidak pernah menganggap diri ini sudah sempurna.

“Selain itu, saya sentiasa ambil peduli kritikan dan komen yang diberikan oleh masyarakat. Apa yang saya rasa betul dan percaya ia tidak bertentangan dengan akidah diri sebagai orang Islam, saya akan ambil pendekatan berdiam diri.

“Selagi ada komen dan kritikan yang diberi, ia bermakna orang ramai masih pedulikan kita. Saya pula tentu saja akan terus memperbaiki kelemahan diri,” katanya kepada BH Online.

Pada masa sama, kata pelakon jelita ini, sebahagian daripada kritikan yang dilayangkan kepadanya dibiarkan saja seperti angin lalu.

“Saya takkan ambil pusing teguran yang dirasakan tidak membantu, terutama ketika saya berasakan saya di pihak yang betul,” katanya yang akan terbabit dengan pementasan teater Mak Cun di Istana Budaya tidak lama lagi.

Sebelum ini, Fathia pernah dikecam gara-gara mendedahkan aurat di luar Malaysia.

Pelakon itu dilihat hanya mengenakan selendang dan menampakkan rambutnya ketika terbabit dengan penggambaran di luar negara, beberapa bulan lalu.

Sekalipun mengaburkan gambar rambut yang kelihatan, belia tidak terlepas daripada menjadi bahan teguran dan kritikan netizen.

Sebahagiannya berpandangan, Fathia tidak perlu memuat naik gambar sedemikian kerana sudah semestinya ramai orang di luar sana yang akan menghukum.

Selepas itu, Fathia sekali lagi menjadi mangsa kecaman apabila dilihat menindik hidung.

Biarpun sudah menjelaskan ia sekadar tindik palsu, pengguna laman sosial terus bertikam lidah selain memberikan komen berbaur negatif terhadap pelakon ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");