Isu Panas

Tiada keperluan mendesak lantik Mursyidul Am

JOHOR BAHRU: PAS memaklumkan tiada keputusan mendesak pada masa kini untuk melantik individu bagi mengisi kekosongan jawatan Mursyidul Am parti itu susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Harun Din, baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sebarang pelantikan bagi mengisi jawatan Mursyidul Am dan timbalannya mesti menerusi Mesyuarat Majlis Syura Ulama.

Katanya, ia terpulang kepada Majlis Syura Ulama untuk melantik individu dalam kalangan 15 ahli, bagaimanapun tidak ada keperluan mendesak untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan buat masa ini.

“Pelantikan Mursyidul Am dan timbalan mesti melalui mesyuarat Mesyuarat Majlis Syura Ulama dalam kalangan 15 ahli, kini 14 orang ahli dan kemungkinan mereka akan melantik lagi seorang untuk mencukupkan 15 ahli mesyuarat.

“Terpulang kepada mahu melantik siapa dalam kalangan mereka, tetapi saya rasa tidak ada keperluan mendesak sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri persidangan meja bulat mengenai isu berkaitan cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 di sini, hari ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");