Perak Hari Ini

TIC, NAFAS Jalin Kerjasama

IPOH: Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan menjalin satu hubungan kerjasama bagi menentukan hala tuju kedua-dua pihak dalam memastikan mutu pendidikan di negara ini dapat dipertingkatkan.

Pengasasn TIC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, satu rundingan dan perbincangan telah dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Ujarnya, kerjasama tersebut secara tidak langsung dapat memberi peluang kedua kepada anak-anak luar bandar khususnya petani, penternak dan nelayan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selain dapat melahirkan lebih ramai sumber tenaga kerja.

“Saya mengalu-alukan kerjasama ini sebab ia akan membantu menjayakan maklamat asal penubuhan kolej TAJ ini iaitu untuk beri peluang kepada anak-anak kita yang tidak dapat menyambung pelajaran ke universiti kerana tidak memenuhi syarat.

“Jadi kita beri peluang kedua kepada kelompok ini yang ramai daripada mereka merupakan anak orang kampung di luar bandar yang terdiri daripada nelayan, petani dan penternak.

“Kita tahu NAFAS merupakan agensi yang mewakili petani yang mempunyai lebih kurang 860,000 ahlinya dan mereka mempunyai struktur jaringan organisasi yang terbaik yang mana ia secara tidak langsung dapat membantu kita mengenalpasti anak-anak petani yang perlu diberikan peluang pendidikan tersebut,” katanya.

?????????????

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-6 TIC yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin dan Pengerusi NAFAS, Datuk Seri Saipolbahri Suib di Casuarina @Meru di sini, hari ini.

Seramai 296 graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang pengkhususan telah diraikan pada majlis tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, TIC turut akan mengadakan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam melaksanakan program-program pengajian di kolej terbabit.

“Beberapa perbincangan dan pertemuan telah dilakukan untuk kita dapatkan kerjasama bagi menjalankan program-program universiti di kolej ini. Antara yang telah memberi persetujuan adalah UNIMAS, UPM, UITM dan sebagainya.

“Nampaknya universiti-universiti awam pada muktahir ini telah membuka ruang untuk bekerjasama dengan kolej swasta dalam melaksanakan program-program pengajian mereka di kolej berkenaan.

“Dijangka dalam tempoh terdekat bilangan program pembelajaran akan bertambah bagi pelbagai bidang. Oleh itu, TIC mengambil peluang untuk mengadakan kerjasama ini bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk memilih bidang pengkhususan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");