Sukan Hari Ini

Tidak pandang rendah Basel

ARSENAL tidak akan memandang rendah keupayaan Basel menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam kempen Liga Juara-Juara Kumpulan A di Stadium Emirates, awal pagi esok.

Pengendalinya, Arsene Wenger berkata, Basel pernah menumpaskan banyak kelab ternama seperti Manchester United, Chelsea dan Liverpool.

“Semua orang akan fikir lawan Basel akan jadi sangat mudah. Tetapi apabila anda lihat kembali rekod pertemuan dengan kelab Inggeris, ia sememangnya sukar.

“Jadi kami harus bersedia sepenuhnya dan tidak melakukan kesilapan untuk elak kehilangan tiga mata,” katanya.

Wenger juga mengingatkan pemainnya tidak terus dibuai kemenangan 3-0 ke atas Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tempoh hari.

“Berada dalam saingan EPL dan Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang berbeza. Mungkin kita kuat dalam saingan domestik, tetapi di kejohanan luar, banyak pasukan yang lebih hebat,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");