Jenayah

Tiga lelaki ditahan miliki syabu RM65,000

Kota Kinabalu: Polis tahan tiga lelaki selepas disyaki memiliki syabu seberat 503.5 gram bernilai RM65,000 dalam serbuan di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 malam, ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia 33 hingga 38 tahun itu ditahan polis di tempat letak kenderaan Universiti Plaza.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika kejadian, mereka dikatakan mahu melakukan urus niaga menjual dadah.

“Syabu yang bernilai RM65,000 dan semua tangkapan suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");