Sukan Hari Ini

Tigris janji aksi mantap

JOHOR Tigris cuba bersikap ‘menyimpan kuku’ terlebih dahulu apabila menyahut cabaran Liga Sepak Takraw (STL) 2016 yang bermula esok di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.

Pasukan dari selatan Semenanjung ini lebih bersedia ‘menunjukkan belang’ dalam perhitungan di gelanggang sekalipun menyedari kelebihan di atas kertas memihak kepada ATM Guardians, Penang Panthers, KL Thunder dan Terengganu Turtles.

Jurulatih Johor Tigris, Jamaluddin Hassan berkata, skuadnya perlu berdepan lawan di STL satu persatu untuk memahami kekuatan dan kelemahan sendiri kerana setakat ini katanya sukar mengumpul pemain serentak berikutan lokasi jauh dan komitmen masa masing-masing.

“Selain itu kami harapkan pengalaman beberapa pemain yang baru-baru ini bermain dalam Grand Prix 1Malaysia di Serdang Jaya dan Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai laZAZlu,” katanya yang juga bekas ketua jurulatih negara yang lebih dikenali sebagai Haji Dino.

Mereka yang dimaksudkannya ialah perejam, Norhafizi Abd Razak (23) dan pengumpan, Lutfil Hadi Azmi (18) yang masing-masing mewakili juara Grand Prix, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia manakala seorang lagi apit kanan, Afiq Ramli (18), berpengalaman Sukma.

“Sekalipun dalam serba kekurangan persediaan, majoriti pemain sudah mengenali sesama sendiri jadi keserasian mereka dalam regu bukanlah satu masalah besar bagi kami. Saya yakin mereka akan cepat menyerlah bila tiba hari perlawanan,” katanya.

Haji Dino yang pernah membimbing skuad negara mengakhiri kemarau pingat emas 12 tahun pada Sukan Sea Filipina 2005 dengan membenam musuh tradisi, Thailand turut memaklumkan mereka tidak meletak sasaran tinggi kali ini.

“Musim lepas kami (sebagai Southern Tigris) disekat Gomo Warriors (kini Kelantan Warriors) untuk menduduki tempat keenam dan gagal ke separuh akhir. Kalau berada dalam lima terbaik musim ini pun dikira bagus,” kata jurulatih berusia 62 tahun ini.

Katanya, gandingan terbaik Johor Tigris yang bakal dipertaruhkan daripada senarai lapan pemain dalam STL yang kali ini berformat antara regu berbanding berpasukan musim 2015 ialah tekong Haidzir Rashid, pelibas Norhafizi dan pengumpan Saifulrudin Khalid.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");