Berita Hari Ini

Tragedi go-kart: KPT tubuh jawatankuasa khas

KUANTAN: Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan melakukan siasatan terperinci kemalangan meragut nyawa dua beranak ketika menyaksikan Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Jalan SUKPA, Kuantan, semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai oleh pegawai daripada kementerian dan wakil penganjur.

“Saya diarahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menubuhkan jawatankuasa ini bermula hari ini.

“Ia akan membuat siasatan terperinci mengenai kejadian tragik ini termasuklah aspek keselamatan dan teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengunjungi Muhammad Izz Danial Izwan, tujuh tahun, anak lelaki sulung Allahyarham Izwan Isa, 38, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini, hari ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");