Jenayah

Tragedi go-kart: Polis nafi tahan pemandu

KUANTAN: Polis Pahang menafikan dakwaan tersebar di di laman sosial bahawa pemandu go-kart yang terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian dua penonton pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata semua pemandu berkenaan sudah dibenarkan pulang selepas percakapan mereka dirakamkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, pada Ahad.

“Proses mengambil rakaman percakapan berlangsung selama kira-kira sejam dan mereka dibenarkan pulang. Tidak benar mereka direman,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Aziz mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung penahanan pemandu go-kart itu, dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai maklumat tidak benar.

Katanya pihak polis masih menunggu laporan analisis terhadap sampel darah dan air kencing pemandu berkenaan, yang telah dihantar kepada Jabatan Kimia.

Pada perlumbaan EIMARACE 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini pada Ahad, seorang penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, maut selepas dirempuh oleh sebuah go-kart yang terbabas semasa sedang menonton perlumbaan itu.

Kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu yang didakwa berpunca apabila tiga go-kart bergesel sesama sendiri turut menyebabkan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulungnya Muhammad Izz Daniel, 7, cedera. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");