Membawang Hari Ini

Transisi Echa

Selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), penyanyi kecil molek ini tidak mahu lagi dibayangi program realiti itu.

Menurut Aishah Bujang atau lebih dikenali sebagai Echa, seboleh-bolehnya dia ingin tampil dengan pembaharuan, sekali gus membuktikan bakat dalam diri.

“Saya bukannya malu dipanggil artis AF, tetapi sudah sampai masanya saya mengetengahkan identiti sendiri. Saya akui program itu adalah platform yang bagus, tetapi nak juga dikenali dengan produk sendiri.

“Pada masa sama saya tak nak peminat keliru dengan Aisyah Aziz. Selalu kalau menyebut nama Aishah orang bertanya yang mana satu. Disebabkan itu saya menggunakan nama pentas Echa dan bukannya Aishah AF.

“Paling penting saya nak peminat faham muzik yang kami bawakan juga berbeza. Selain itu gaya persembahan saya juga lebih kepada karakter,” katanya.

Menurut Echa yang juga peserta program Dangdut Superstar, kemunculannya kini adalah dengan imej baru dan lebih matang.

Bagi Echa, single berjudul Cinta Dan Luka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi kena bagi menggambarkan transisi dirinya.

“Bukan saja dari segi imej, malah single ciptaan DJ Fuzz itu mengikut pasaran muzik sekarang. Pendek kata, ia sesuatu yang baru untuk saya. Kalau bukan sekarang bila lagi saya nak tampil dengan muzik berentak pop kontemporari.

“Lagu ini siap dirakam pada hujung Ramadan lalu. Sekarang saya menunggu lampu hijau daripada pihak syarikat rakaman untuk melancarkannya. Saya sendiri tak sabar nak mempromosikan lagu ini,” katanya.

Cinta Dan Luka kini mula dijual diaplikasi iTunes dan dimainkan di stesen radio tempatan.

Tak putus asa

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam program realiti Dangdut Superstar yang bersiaran baru-baru ini, Echa sedikit pun tidak malu menyertainya biapun banyak suara sumbang memperlekehkan keputusannya itu.

“Ramai beranggapan saya merendahkan kerjaya sendiri. Bagi saya apabila menyertai program itu banyak pengalaman baru saya dapat. Dari situ baru saya sedar tak semua orang boleh menyanyi genre dangdut.

“Siapa pun kita dalam industri muzik ini, tak salah nak mencuba. Sepanjang empat minggu berada dalam program itu saya selesa dengan lagu yang diberikan. Paling penting saya diberi pendedahan baru,” katanya.

Echa juga bertuah kerana dikurniakan bakat boleh menyanyi dalam banyak genre.

Malah, selepas berakhirnya program itu Echa banyak mendapat undangan menyanyi dan tidak fokus kepada irama dangdut semata-mata.

Selain program itu, Echa juga dipilih mewakili Malaysia dalam program realiti sebuah stesen TV Vietnam berjudul Cathing The Dream.

Program membabitkan beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Kemboja ini menjalani penggambaran di Korea Selatan selama tiga bulan bermula Mac tahun lalu.

Echa adalah peserta tunggal wanita dari Malaysia yang layak ke peringkat akhir, namun tarikhnya belum ditetapkan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");