Sukan Hari Ini

Tumpu rekod 200m

Kuala Lumpur: Pemegang rekod 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan mempunyai misi tersendiri menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang akan membuka tirai kejohanan Jumaat ini.

Selepas bergelar pelari terpantas negara Khairul kini beralih arah dan mengidam untuk melakarkan satu lagi sejarah dalam arena olahraga tempatan.

Dia tidak akan beraksi dalam acara riben biru di Terbuka Malaysia sebaliknya akan memberi tumpuan khusus dalam acara 200m untuk memecahkan rekod kebangsaan 20.92 saat, milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang dilakukan di Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Perkara itu disahkan jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim yang meluahkan keyakinan terhadap kemampuan anak didiknya itu melakarkan sesuatu.

Poad berkata, selepas memadamkan rekod berusia 18 tahun di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada Julai lalu, Khairul mempunyai misi dalam acara 200m.

“Khairul sudah memecahkan rekod acara 100m jadi saya biarkan dia memberi tumpuan 200m pula.

“Cabaran dalam 100m pula akan digalas Badrul Hisyam Abdul Manap,” katanya yang turut memaklumkan Khairul dan Badrul akan beraksi dalam 4x100m.

Poad menaruh harapan tinggi kedua-dua atlet pecut negara itu mampu melakarkan sesuatu dalam acara 200m selepas begitu lama rekod kebangsaan dalam acara itu gagal dipecahkan.

Namun beliau mengakui bukan mudah walaupun menganggap bukan mustahil.

Kejohanan Terbuka Malaysia bakal menjadi penanda aras kemampuan atlet pecut negara yang dijangka berlepas menjalani latihan di Amerika Syarikat tahun depan.

Malah Badrul yang mempunyai catatan terbaik peribadi 10.29s mempunyai peluang menebus terbaik untuk kekecewaan di SUKMA lalu berikutan ketiadaan raja pecut Sukan SEA Singapura 2015, Eric Clay.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");