Panasnya Hari Ini

Tun M Minta Najib Kembali Pada Undang-Undang Negara

KUALA LUMPUR : Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali kepada undang-undang Negara.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan sekiranya Najib tidak terlibat dengan sebarang tingkahlaku.

“Jika Najib berani dan tidak terlibat dengan apa-apa jenayah, kembalilah kepada undang-undang negara.

“Janganlah tegur orang kerana kononnya tidak mengikut undang-undang sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidak mengikuti undang-undang tetapi menghalang perjalanan undang-undang,”ujar beliau menerusi catatan diblognya hari ini.

Ujar bekas Perdana Menteri itu, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pelbagai cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh negara dan termasuklah penyelewengan oleh Perdana Menteri.

Dakwa Tun Mahathir lagi, Najib sekali lagi menidakkan proses undang-undang untuk kesejahteraan rakyat apabila undi tidak percaya di Parlimen tidak boleh diadakan kerana ahli parti BN disuap ‘dedak’, diugut dan dipecat.

“Yang benar-benar tidak mengikut undang-undang Malaysia ialah Najib. Tidak ada ‘Rule of Law’ (pemerintahan mengikut undang-undang) yang di amal oleh Najib.

“Jika ada ‘Rule of Law’, rakyat boleh buat laporan kepada polis berkenaan kehilangan berbilion duit rakyat, tetapi apabila laporan dibuat, yang membuat laporan di soal, ditahan dan dituduh sabotaj ekonomi dan dihadapkan ke mahkamah,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");