Sukan Hari Ini

Tuntut Pogba beri aksi lebih baik

PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho mahu Paul Pogba memberikan aksi lebih baik selepas meledak gol sulung bersama Manchester United ketika menewaskan Leicester City 4-1.

Menurutnya, aksi dipamerkan Pogba kelmarin sudah cukup baik tetapi ia bukan tahap sebenar pemain antarabangsa Perancis itu.

“Pogba mula menunjukkan kemampuannya. Tetapi saya tahu itu bukan permainan sebenar Pogba. Semalam dia bermain baik kerana pasukan bermain baik.

“Tetapi saya mahukan lebih daripadanya. Saya mahu dia capai tahap terbaik dan terus konsisten sehingga akhir musim,” katanya.

Sementara itu, Mourinho percaya Wayne Rooney mampu bangkit daripada prestasi buruk selepas hanya diturunkan pada 10 minit terakhir.

Tindakan Mourinho merehatkan Rooney nyata banyak membantu formasi United yang lebih tersusun ketika menyerang dan bertahan.

“Saya masih harapkan Rooney untuk terus menerajui pemain di United,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");