Panasnya Hari Ini

UMNO Alu-Alukan Kehadiran Parti Baharu

KUALA LUMPUR: Bendahari UMNO,Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa UMNO mengalu-alukan kehadiran parti baharu untuk bersaing secara sihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Memetik sumber Astro Awani, ujarnya, ia juga menjadi hak bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan mahupun menjenamakan semula mana-mana parti bagi bersaing dengan UMNO.

“Itu hak Datuk Seri Shafie untuk menubuhkan atau melakukan perubahan parti politik dengan jenama baru. Akhirnya rakyat yang akan buat keputusan.

“Kita (UMNO) alu-alukan parti baru tersebut untuk bersaing dengan kita di Sabah. Kita yakin sungguh rakyat akan sentiasa bersama kita,” katanya.

Tambahnya matlamat UMNO Sabah adalah mengekalkan kestabilan serta terus berusaha membangunkan rakyatnya.

Terdahulu semalam, Shafie mengesahkan akan meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di Sabah tidak lama lagi.

Beliau hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya dan katanya, pengumuman mengenai parti itu akan dibuat selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.

Enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti itu Shafie berkata ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat kelulusan pihak yang berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");