Perak Hari Ini

UMNO Bahagian Pasir Salak Tetap Setia Kepada Parti

PASIR SALAK: UMNO Bahagian Pasir Salak berjanji dan berikrar akan terus menyokong perjuangan parti dalam membela nasib rakyat khususnya orang Melayu, tegas ketuanya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak turut memberi amaran bahawa pihaknya bersedia untuk menentang apa jua rintangan yang menghalang perjuangan parti.

“Jadi jangan sia-siakan sokongan dan perjuangan UMNO serta orang Melayu Pasir Salak. Kita berjanji dan ikrar masih setia kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2016 di Dewan Felcra Changkat Lada di sini, hari ini.

perak-today-6

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada masa sama, Tajuddin turut mengambil contoh perjuangan orang Melayu di Pasir Salak dalam menentang penjajahan orang Inggeris satu masa dahulu.

“Walau sudah hampir 200 tahun lebih semangat kebangkitan dan perjuangan orang Melayu di Pasir Salak, ia tidak bermakna semangat perjuangan itu telah hilang dan pudar.

“Kalau dahulu orang Melayu sanggup bangun untuk untuk menentang penjajah Inggeris, hari ini pun saya nak bagi amaran kepada sesiapa juga, kita bersedia untuk bangun menentang segala macam rintangan demi perjuangan (parti).

perak-today-1

Tambahnya lagi, beliau dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Salak tetap menyokong Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walau orang kata dia (Najib) macam-macam kita tetap sokong. Saya dan Tengku Adnan ini sokong Perdana Menteri dekat 30 tahun lebih, sampai saya masuk ISA sokong beliau.

“Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengadu domba bahawa Pasir Salak tak menyokong,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO pada hari ini perlu kembali kepada perjuangan asal parti sekiranya mahu relevan kepada orang Melayu.

“Tunjukkan kita punyai komitmen dan kesungguhan yang kita boleh membela nasib orang Melayu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");