Panasnya Hari Ini

UMNO, BN Di Sabah Tidak Tergugat, Sentiasa Bersedia

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah, tidak mungkin tergugat dengan kemunculan parti baharu di negeri itu.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya, UMNO dan BN perlu memastikan jentera parti sentiasa berada dalam keadaan kuat serta bersiap-siaga menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Soal sama ada BN dan UMNO di Sabah tergugat atau sebaliknya bergantung kepada kekuatan memantapkan jentera parti.

“Di Sabah, BN pernah hadapi masalah manakala di Semenanjung juga UMNO hadapi dua kali masalah apabila muncul parti serpihan dan guna nama baharu.

“Apa yang penting, barisan kepimpinan UMNO dan BN bakal menentukan kemenangan parti pada PRU akan datang.

“Saya yakin kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, BN dan UMNO akan terus mantap di Sabah,” katanya kepada media bersama wartawan Malaysia di New York hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menukar identiti dan nama sebuah parti di Sabah, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");