Perak Hari Ini

UMNO Pasir Salak Bantah Persempadanan Semula

IPOH: UMNO Bahagian Pasir Salak membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tegas ketuanya, Datuk Seri

Tegasnya, cadangan tersebut juga akan memberi kesan kepada sesebuah parti politik tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang di kawasan terbabit.

“Kita faham SPR nak melakukan persempadanan semula sebab terdapatnya pertambahan penduduk. Ada keperluan untuk kawasan tertentu di susun balik dan ia merupakan satu daripada kewajarannya.

“Tetapi  yang menerima kesannya adalah parti-parti politik yang menjaga kawasan tersebut sama ada sebagai parti yang menang atau yang kalah,” katanya dalam sidang media ketika diminta mengulas berhubung cadangan SPR untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak turut mengingatkan kepada kepimpinan UMNO yang merasakan persempadanan semula itu akan menguntungkan mereka untuk meneliti perkara tersebut sebaik-baiknya.

“Saya nak mengingatkan kepimpinan UMNO, kita kena teliti betul-betul kerana sesetengah pemimpin UMNO mungkin bersetuju SPR buat begitu kerana mereka berpendapat ada pertambahan pengundi yang boleh menyokong mereka, tapi sebenarnya belum tentu.

“Kalau pengundi tidak puas hati dipindahkan tanpa kerelaan dia, mungkin dia tak nak mengundi. Jangan sampai persempadan semula ini membawa kepada kekalahan. Saya selalu ingatkan mereka ‘jangan dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau berkata, persempadanan semula itu secara tidak langsung menjejaskan gerak kerja yang telah dilakukan oleh sesebuah parti politik di sesesuatu kawasan.

“Kalau SPR membuat persempadanan ini, terjejaslah kerja yang kita buat selama ini. Jadi di Pasir Salak, kita tentang habis-habisan,” katanya lagi.

Terdahulu SPR telah melaksanakan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lepas yang mana ia mula dipamerkan bagi tempoh satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt untuk tujuan semakan dan bantahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");