Berita Hari Ini

UMNO raikan atlet Olimpik dan Paralimpik

KUALA LUMPUR: UMNO meraikan wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik dalam satu majlis penghargaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, semua penerima pingat Olimpik dan Paralimpik Rio masing-masing menerima sumbangan wang tunai iaitu pingat emas menerima RM30,000; perak, RM20,000 dan gangsa, RM10,000.

Turut diraikan, semua pegawai dan atlet kontinjen Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 yang menerima cendera hati daripada penganjur.

Hadiah berkenaan disampaikan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hanya tujuh daripada 12 pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik hadir iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Siti Noor Radiah Ismail, Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong Pang dan Azizulhasni Awang.

Perdana Menteri, dalam ucapannya, mahu rakyat menjadikan kejayaan atlet Olimpik dan Paralimpik sebagai rangsangan dan inspirasi untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Beliau mahu rakyat terus memberikan penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama negara kerana mereka menunjukkan pencapaian luar biasa.

“Kedua, saya mahu kejayaan mereka menjadi iktibar, rangsangan dan inspirasi kepada kita bukan saja sebagai ahli sukan, sebaliknya nilai yang ditonjolkan dan pengorbanan serta dedikasi mereka.

“Ketiga, saya mahu kejayaan mereka dijadikan batu loncatan kerana sukan berjaya menaikkan semangat dan sentimen positif rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan atlet itu adalah bukti kejayaan dasar yang dipelopori UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“UMNO terpanggil meraikan dan menghargai atlet kerana sebagai parti politik UMNO adalah teras dan tulang belakang mendokong dan mempelopori dasar kerajaan.

“Satu cabang penting adalah pembangunan sosial iaitu sukan dalam konteks kejayaan kita membangunkan sebuah negara yang aman, sejahtera dan semakin makmur,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");