Isu Panas

UMNO Terengganu nafi keluar senarai calon PRU

KUALA NERUS: Badan Perhubungan UMNO negeri menafikan sudah mengeluarkan senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha UMNO negeri, Datuk Muhamad Pehimi Yusof, berkata UMNO negeri dalam mesyuarat pengurusan Rabu lalu, tidak membincangkan soal senarai calon.

Walaupun Ketua UMNO Bahagian diberi kuasa menyenarai pendek nama calon, tiada arahan diterima daripada UMNO Pusat untuk menghantar nama calon yang akan bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini.

“Kita terkejut apabila dihubungi pengundi meminta pengesahan kesahihan senarai calon yang dimuat naik dan menjadi viral menerusi laman sosial sejak Selasa lalu benar atau tidak.

“UMNO negeri belum mengeluarkan senarai calon BN yang akan bertanding pada PRU-14 dan kita tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti mengenai perkara itu,” katanya selepas majlis perasmian program Kempen Keselamatan Nelayan dan Penyampaian Jaket Keselamatan peringkat negeri di Dataran Teluk Ketapang, di sini, hari ini.

Kempen dirasmikan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Berdasarkan maklumat disebarkan pihak tertentu menerusi laman sosial itu, lebih 15 wakil rakyat BN digugurkan, manakala Ahmad Razif, bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar bertanding bagi kerusi Parlimen.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");