Jenayah

Wanita maut kemalangan tiga kereta

Kuching: Seorang pemandu wanita maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kereta di Sungai Rayu, Feri Rambungan, 30 kilometer dari sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva, Proton Persona dan Perodua Myvi itu berlaku kira-kira 5.50 pagi ini.

Menurutnya, pemandu kereta Perodua Viva, Norita Mohamad tersepit dalam kenderaannya dan mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Lundu yang turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Pemandu kereta Proton Persona, Rabiatul Janna Shariman bagaimanapun hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak manakala nasib pemandu kereta MyVi tidak diketahui kerana kenderaan itu ditinggalkan kosong.

“Kereta Myvi yang berada di bahu jalan tidak ada mangsa di dalamnya ketika kami tiba,” kata jurucakap itu.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");