Jenayah

Warga emas maut, kereta bertembung

TUMPAT – Seorang wanita warga emas maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta yang dalam perjalanan menghantar anak sekolah dekat Kampung Laut kira-kira jam 7.20 pagi.

Mangsa yang maut dikenali Aisyah Yahya Sabri, 64, dari Kampung Surau Lama, Palekbang, di sini.

Sementara mangsa yang cedera melibatkan tiga beranak, seorang pelajar sekolah belum diketahui identitinya cedera dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) .

Ketua Balai Bomba Tumpat, Penolong Penguasa Bomba, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, mangsa yang maut memandu bersendirian tersepit ditempat duduk.

“Pihak kami menerima panggilan jam 7.29 pagi untuk operasi mengeluarkan mangsa tersepit apabila berlaku kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Produa kancil,” katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan jam 8.30 pagi bagaimana pun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian kemalangan tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");