Jenayah

11 gengster ‘ke dalam’

Alor Setar: Sebelas lelaki berusia 20 hingga 30-an dikenakan perintah tahanan selama 21 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bersabit aktiviti kongsi gelap di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Perintah tahanan itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli mengikut peruntukan Seksyen 4(1) (a) POCA 1959 selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya Norsyuhada Mohd Yatim dalam prosiding tertutup.

Nosyuhada ketika ditemui di luar kamar mahkamah selepas prosiding berkenaan, memberitahu perintah tahanan 21 hari itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Terdahulu, semua suspek yang memakai baju lokap dibawa ke mahkamah, kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi anggota polis berpakaian preman.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");