Berita Hari Ini

20 organisasi dapat sijil EMGS

MALAYSIAN Green Technology Corporation menyampaikan sijil Energy Management Gold Standard (EMGS), sebuah program pengurusan tenaga di bawah Skim Pengurusan Tenaga Asean (Aemas), kepada 20 organisasi yang berjaya menamatkan latihan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SEMS).

Semua organisasi terlibat, dilantik sebagai pengurus tenaga bertauliah, untuk melaksanakan sistem itu di dalam bangunan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GreenTech Malaysia, Ir Ahmad Hadri Haris berkata, pihaknya gembira melihat komitmen ke arah hijau yang ditunjukkan pemimpin-pemimpin dalam pelbagai industri.

“Penggunaan tenaga bukan sekadar kos kewangan semata-mata, tetapi juga membawa kesan kepada alam sekitar.

Dengan melaksanakan sistem SEMS, ia bukan sahaja mengurangkan kos, tetapi juga satu langkah penting dalam mengurangkan kesan karbon kepada organisasi,” katanya.

Sijil itu dianugerahkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), universiti pertama yang mencapai penarafan persijilan tiga bintang sijil EMGS dan enam organisasi lain, melibatkan Jabatan Peguam Negara, Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar Johor Bahru, F&N Dairies Manufacturing Sdn Bhd, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Institut Jantung Negara, yang masing-masing mencapai penilaian satu bintang.

Sijil EMGS itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Selain itu, sebanyak 13 hospital diberikan sijil berkenaan, termasuklah Hospital Sungai Buloh, Hospital Langkawi, Hospital Bau Sarawak, Hospital Sultanah Nora Ismail, Hospital Port Dickson, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Hospital Segamat, Hospital Jasin, Hospital Batu Gajah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kuala Kangsar, Hospital Parit Buntar dan Hospital Sultanah Bahiyah.

Sejak 2010, GreenTech Malaysia telah mentauliahkan 25 organisasi, dengan 996 pengurus tenaga bertauliah di negara ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");