Jenayah

30 cedera belon berisi gas meletup

KUALA TERENGGANU: Sekurang-kurangnya 30 peserta ‘Walk For The Blind’, termasuk kanak-kanak, cedera selepas belon berisi gas meletup dalam kejadian di Dataran Batu Buruk, di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila penganjur program sempena Hari Penglihatan Sedunia Peringkat negeri itu menggunakan mancis untuk membuka ikatan tali belon yang berbelit.

Difahamkan, penganjur cuba membuka ikatan seikat belon, namun sukar kerana tali berkenaan terbelit, menyebabkan seorang daripada mereka menggunakan mancis untuk memutuskan tali.

Tindakan itu menyebabkan belon berisi gas hidrogen meletup sekali gus mengakibatkan mangsa tercampak dan melecur.

Tinjauan BH di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini mendapati sekurang-kurangnya 30 peserta program itu, termasuk kanak-kanak cedera.

Keluarga beberapa mangsa yang ditemui di HSNZ berkata, kebanyakan mangsa cedera di bahagian muka, kepala dan tangan.

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");