Perak Hari Ini

54 Veteran Komando 69 Orang Asli Terima Penghargaan

IPOH:Seramai 54 orang veteran dan bekas Polis Orang Asli Unit Komando 69 menerima sumbangan dan cenderamata atas jasa dan sumbangan dalam membantu menjaga kedaulatan negara.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Meraikan Veteran & Bekas Polis Orang Asli (Senoi Praaq) sempena sambutan Ulang tahun Penubuhan Unit Komando 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia Kali ke-47 di Kem PGA Briged Utara di Ulu Kinta di sini, hari ini.

perak-today-9

Khalid berkata, beliau menyatakan sepenuh keyakinan bahawa pasukan elit yang dipelopori oleh dua unit iaitu Komando 69 dan Unit Tindakan Khas mampu menangani sebarang bentuk ancaman dan cabaran mendatang.

“Malangnya banyak kejayaan mereka tidak dapat dilaporkan atas sebab-sebab tertentu tetapi mereka adalah pewira kita,” katanya dalam sidang media sejurus selepas majlis tersebut berlangsung.

Katanya lagi, penglibatan Orang Asli dalam Komando 69 adalah satu aset terpenting dalam unit berkenaan selama penubuhannya sejak 47 tahun lalu.

“Sejak penubuhan, mereka menjadi ahli penting iaitu berperanan sebagai pengesan dan sangat pakar dalam operasi menjejak musuh dan segala kelebihan mereka membantu bagi mengesan sebarang pergerakan di dalam hutan,” katanya lagi.

perak-today-7

Tambahnya lagi, mereka antara yang berada di barisan hadapan berperanan mengesan dan menjejak musuh terutama pada zaman komunis dahulu.

Sementara itu, salah seorang veteran Polis Orang Asli, Hamzah Putih berkata semangat yang berkobar-kobar dan kemarahan terhadap pengganas komunis mendorongnya menyertai pasukan Komando 69 sekitar tahun 80-an.

“Saya tidak pernah serik, kerana kemarahan terhadap Komunis, saya nekad menjadi Polis dan dengan sambutan sebegini cukup memberi saya rasa gembira dan bangga,” katanya.

Manakala bagi veteran Mat Isa Udin pula, pelbagai pengalaman pahit ditempuh namun segalanya sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk mempertahankan negara tercinta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");