Membawang Hari Ini

Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya

PETALING JAYA: Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Alvin Chong bimbang status agamanya menjadi persoalan atau kekeliruan berikutan dia membawa watak seorang mualaf dalam drama popular berkenaan.

Alvin, 25, berkata, dia cuba memberikan lakonan terbaik dalam membawakan watak Johan dengan menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Arab yang sering digunakan orang Islam.

“Ramai yang bertanya dan keliru tentang agama saya kerana watak Johan dalam drama itu merupakan seorang mualaf. Dalam dialog saya memang ada banyak perkataan yang biasa disebut orang Islam, tapi pengarah tidak paksa jika saya tidak mahu buat.

“Malah, saya sendiri meminta pengarah dan penulis skrip untuk menambah beberapa perkataan dalam dialog saya seperti Alhamdulillah dan Insya-Allah termasuk melakukan solat istikharah dalam sebuah babak,” ujarnya yang beragama Kristian.

Alvin memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi sejak 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin, manakala sebuah filem berjudul 3 Brothers.

Dalam pada itu, Alvin berkata, pertama kali berlakon dalam drama Melayu mencabar dirinya untuk berbahasa kebangsaan dengan baik.

Katanya, cabaran tersebut membuatkan dirinya sentiasa bersedia dan membuat kajian sebelum memasuki set penggambaran.

“Bahasa sebagai cabaran utama saya kerana bahasa Malaysia tidak begitu fasih, jadi bila ada pelakon yang mencelah dalam dialog membuatkan saya sukar untuk menyambungnya.

“Saya bimbang jika perkara itu akan membuatkan pelakon senior menjadi marah kepada saya. Nasib baik juga Fattah Amin dan Neelofa banyak membantu saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alvin berkata, sejak drama tersebut ditayangkan, pengikut laman sosial peribadinya turut bertambah secara mendadak.

Katanya, penambahan lebih 50,000 pengikut itu daripada kalangan peminat Melayu.

“Laman sosial seperti Intagram dan Twitter meningkat secara mendadak selepas drama itu bersiaran, pengikut Instagram kini mencecah lebih 100,000 daripada 50,000,” ujarnya.

Drama Suri Hati Mr Pilot yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Neelofa bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam.

Dalam perkembangan nyanyian, Alvin yang kini berada bawah pengurusan E Studios Managment berkata, dia baharu sahaja muncul dengan single lagu Melayu pertama berjudul Lagu Mu ciptaan Omar K.

Katanya, dia berasa gementar dengan penerimaan masyarakat terhadap lagu tersebut.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");