Jenayah

Anggota tentera antara ditahan miliki dadah

IPOH – Dua penganggur dan seorang anggota tentera ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah dalam operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu (arah Selatan) dan Kampung Benggali, Jalan Jelapang Chemor, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Asisten Komisioner V R Ravi Chandran berkata, dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan tersebut berjumlah RM16,144 melibatkan ganja, syabu, heroin dan pil Eramin 5.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, polis memberkas dua lelaki berusia 23 dan 29 tahun ditahan di Kampung Benggali serta merampas heroin seberat 150 gram.

“Dalam pemeriksaan yang dijalankan, kita menemui lima peket plastik lutsinar heroin.

“Kedua-dua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, dalam serbuan kedua kira-kira jam 11.15 malam, sepasukan anggota polis dari Pondok Polis Alor Pongsu, Bagan Serai telah memberkas seorang anggota tentera di kawasan parkir R&R Alor Pongsu.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");