Sukan Hari Ini

Api perjuangan terus menyala

API perjuangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying masih menyala di Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea apabila mara ke pusingan separuh akhir.

Bagaimanapun, kemenangan diraih semalam tidak mudah buat pemenang pingat perak Olimpik Rio itu apabila dipaksa bekerja keras sehingga ke set penentuan untuk mengatasi pasa-ngan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Sara Thygesen, 21-14, 14-21 dan 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam.

Menanti Peng Soon-Liu Ying di separuh akhir hari ini ialah pasangan tuan rumah serta pilihan nombor satu kejohanan, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na.

Ko Sung Hyun-Kim Ha Na sebelum itu menyingkirkan satu lagi wakil Denmark, Kim Astrup-Line Kjaersfeldt, 21-15, 21-17 dalam tempoh 34 minit.

Turut mara beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong selepas mengejutkan pilihan kedua kejohanan, Chai Biao-Hong Wei.

V Shem-Wee Kiong hanya memerlukan 32 minit untuk menyingkirkan wakil China itu.

Di separuh akhir hari ini, V Shem-Wee Kiong akan bertemu satu lagi wakil China dan pilihan ketujuh kejohanan, Li Junhui-Liu Yuchen.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");