Sukan Hari Ini

Awasi pergerakan Konate, Cruz

PENGENDALI sementara Selangor, K Gunalan mengingatkan pemainnya supaya memberikan kawalan ketat terhadap dua tonggak import T-Team, Makan Konate dan Patrick Cruz menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menurutnya, kedua-dua pemain itu bakal beri ancaman besar kepada Selangor jika barisan pertahanan gagal menyekat kemaraan mereka.

“T-Team merupakan pasukan yang bagus. Mereka mempunyai Konate dan Cruz yang merupakan antara pemain berbahaya. Kami seharusnya tidak memberikan ruang dan peluang gol kepada mereka.

“Malah, saya mahu pemain memberikan aksi lebih 100 peratus malam esok (malam ini) lebih-lebih lagi apabila bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Justeru, bilangan jaringan merupakan keutamaan yang ditekankan Gunalan dan mahu barisan serangan cuba mencari gol seterusnya membawa bekalan selesa untuk aksi kedua di Kuala Terengganu 15 Oktober nanti.

“Apa yang penting pada kami adalah cari gol. Saya tahu bermain di Kuala Terengganu akan menjadi sukar sekiranya mereka turut mendapat gol di sini (Stadium Shah Alam), sudah tentu mereka akan bertahan di laman mereka sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, semangat anak didiknya juga kian memuncak dalam memastikan misi meraih kemenangan.

“Meskipun bakal turun tanpa Mauro Olivi dan Hafiz Kamal yang mengalami kecederaan, saya percaya itu bukan masalah besar buat kami kerana pemain lain juga mampu menjalankan tugas yang diberi.

“Bagaimanapun, pemain jangan terlalu yakin sebaliknya perlu lebih berhati-hati. T -Team memiliki semangat juang tinggi biarpun membariskan ramai pemain muda dan kurang ternama,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");