Berita Hari Ini

Bajet 2017: ANGKASA gesa kerajaan kaji takrif IKS

KELANA JAYA : Kerajaan diminta memperincikan takrif industri kecil dan sederhana (IKS) supaya peruntukan dana Bajet 2017 dapat dimanfaatkan gerakan koperasi.

Ia menerusi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyalurkan dana sebanyak RM6.65 bilion buat IKS dalam Bajet 2017, baru-baru.

Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata jika bajet itu hanya tertakluk kepada entiti perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihaknya mahu kerajaan mengkaji semula perkara itu.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya membenarkan gerakan koperasi yang menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mendapat manfaat bajet itu sebagai langkah mendorong sektor koperasi seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara. “Koperasi juga adalah entiti perniagaan.

Sehingga kini, lebih 13,000 koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan semakin berkembang sekali gus menjadikan ia sektor ketiga ekonomi terpenting negara.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan supaya takrif IKS membuat pertimbangan semula bagi membolehkan gerakan koperasi yang memiliki lebih 8 juta ahli menikmati bajet ini.

“Di negara luar, takrif IKS turut merangkumi entiti perniagaan yang mendaftar di bawah SKM,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan portal myangkasamukmin.com, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Mykhairat Services, Mohd Yusni Ismail.

Portal myangkasamukmin.com adalah inisiatif memperkasakan gerakan e-koperasi menggunakan platform digital dan dalam talian untuk memasarkan produk serta perkhidmatan seperti takaful, pengurusan harta pusaka termasuk pengurusan jenazah profesional tanpa tunai dengan menyasarkan pembabitan koperasi kariah masjid.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");