Panasnya Hari Ini

BAJET 2017: Kadar BR1M Dinaikkan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan.

Beliau berkata, sejak BR1M diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, progam ini telah mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima.

Justeru itu, beliau berkata kadar pemberian pada tahun hadapan akan dinaikkan agar dapat membantu rakyat.

“BR1M dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

“BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Manakala beliau berkata bagi individu bujang berpendapatan dibawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450

“Skim Khairat Kematian pula diteruskn dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bg kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 Bilion,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");