Panasnya Hari Ini

BAJET 2017: Kadar GST Tidak Dinaikkan-PM

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan khabar angin menyatakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan pada pembentangan bajet kali ini sekadar desas-desus dan hanya cakap kosong semata.

“GST Hampir RM30 Bilion berjaya dikutip sejak 19 Oktober 2016 yang lalu dan jangan percaya bahawa kadar itu dinaikkan kerana ia cakap kosong dan tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 yang kali ini menekankan perbelanjaan inklusif berhemah iaitu cadangan perbelanjaan peruntukan RM260.8 bilion.

Najib ketika membentangkan Bajet 2017 setebal 65 muka surat di Dewan Rakyat di sini antara lain menegaskan perbelanjaan turut merangkumi sebanyak RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Terdahulu pembentangan bajet 2017 kali ini adalah berfokuskan ke arah mensejahterakan kehidupan seluruh rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi yang diuji ketidaktentuan di peringkat global.

Berpaksikan tema ‘Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’, Najib yang juga Menteri Kewangan, mengusulkan beberapa langkah dan strategi utama untuk menangani cabaran-cabaran itu.

Beliau juga berkata kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata enam peratus setahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");