Panasnya Hari Ini

Bajet 2017: Kerajaan Beri Insentif Diskaun Buat Peminjam PTPTN

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini telah mengumumkan bahawa pemberian insentif diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pemberian insentif itu jelas beliau akan berkuat kuasa esok sehingga akhir tahun depan yang diharapkan berupaya menggalakkan para peminjam membuat bayaran balik.

“Kerajaan bersetuju untuk berkata insentif itu melibatkan diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Insentif lain adalah diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Insentif juga melibatkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik mela1ui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 yang bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");