Panasnya Hari Ini

Bajet 2017: Penjawat Awam Turut Dapat Manfaat

KUALA LUMPUR: Penjawat awam antara yang mendapat manfaat dalam pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib berkata, penjawat awam kini mencecah 1.6 juta orang telah menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara yang berada di ambang enam dekad kemerdekaan.

Justeru, beliau berkata, beberapa insentif diumumkan bagi menghargai khidmat bakti dan jasa mereka.

“Pertama, kemudahan cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana

“Bajet kali ini juga memutuskan untuk memberikan cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod selama lima hari,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Penjawat Awam juga akan memperolehi kemudahan pembiayaan yang diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap tiga tahun yang mana sebelum ini hanya diberikan kepada pembelian komputer.

“Kerajaan turut memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal bagi Penjawat Awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” katanya.

Najib berkata, kerajaan turut mengambil berat tentang perumahan penjawat awam dan terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri.

“Maka dengan ini, Maka dengan ini, kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya RM600,000, kini dinaikkan kepada RM750,000,” katanya lagi.

Tambah najib lagi, sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan sekurang-kurangan 20 peratus dibawah harga pasaran iaitu antara RM90,000 hingga RM300,000.

Ujarnya, kerajaan turut akan melanjutkan kontrak selama setahun lagi bagi pegawai ‘contract of service’ dan ‘contract for service’ yang akan tamat pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan memandang serius dalam mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat

“Oleh itu, kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.

“Selain itu, oleh kerana kekangan jawatan tetap, kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");