Panasnya Hari Ini

Bajet 2017: RM1.2 bilion Untuk Pembangunan Sukan

KUALA LUMPUR:Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sukan dengan meliputi RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017.

Perkara itu dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebentar tadi mengumumkan peruntukan itu turut membabitkan peruntukan RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

Selain itu, sejumlah RM70 jumlah diperuntukkan bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM122 juta bagi membina dan menaik taraf kemudahan sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan di semua negeri, termasuk Kompleks Futsal 1Malaysia dan kompleks Sukan Komuniti.

Bagi meningkatkan kedudukan bola sepak negara di mata dunia, Najib juga mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");