Isu Panas

Berhenti Salahkan Orang lain – Noh

KUALA LUMPUR: Sikap menyalahkan orang lain tidak akan membantu kerajaan Selangor, kata Tan Sri Noh Omar yang mencabar Menteri Besar negeri itu supaya membuat laporan polis terhadap Umno.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata demikian kepada media di lobi Parlimen pada Isnin bagi mengulas dakwan Datuk Seri Azmin Ali bahawa Umno memainkan peranan untuk mensabotaj bekalan air di negeri itu.

Noh berkata, dia menganggap dakwaan Azmin itu sesuatu yang melucukan.

“Jangan baik kotor untuk menang pilihan raya.

“Saya cabar dia untuk buat laporan polis atau pihak berwajib. Jika ada bukti, kenapa perlu tunggu.

“Sekurang-kurangnya kita dapat lihat sama ada dakwaannya itu benar atau tidak berasas,” katanya.

Beliau juga mendakwa sikap kerajaan itu menyalahkan pihak lain tidak akan membawa kepada penyelesaian yang baik.

“Mereka selalu salahkan orang lain tetapi tidak akan mengaku. Inilah budaya mereka,” dakwa Noh.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah pencegahan, sebaliknya gagal menguruskan situasi dengan baik.

“Masalah gangguan bekalan air sudah tujuh kali berlaku dan sepatutnya kerajaan negeri bertindak memeriksa kilang haram ketika pertama kali ia berlaku.

“Mereka tidak sepatutnya menyalahkan Jabatan Alam Sekitar dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");