Jenayah

Bot tunda dirompak, 10 kru terselamat

KUCHING: Sebuah bot tunda dan baj yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Tawau, Sabah, menuju Pelabuhan Klang, dilaporkan dirompak sekitar 62 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu, kira-kira 8.30 malam, Selasa.

Bagaimanapun, Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, bot tunda Ever Ocean Silk dan baj Ever Giant itu ditemukan pada 3.24 petang semalam oleh kapal maritim APMM, KM Jepak kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu.

“Semua 10 kru dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan, namun masih trauma,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Maritim di sini awal pagi ini.

Beliau berkata, perompak bersenjatakan parang mengambil beberapa peralatan komunikasi, dan sejumlah minyak diesel telah dipindahkan ke bot perompak.

“Kumpulan perompak itu menaiki dua bot, satu daripadanya jenis kayu. Jumlah perompak tidak dapat dipastikan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Aminuddin Abdul Rashid berkata, sebaik Maritim menerima laporan mengenai kehilangan bot tunda dan baj itu pagi semalam, kapal maritim Maritim — KM Jepak

dan KM Tabah serta Bot Penggalang 33 dikerah bagi mengesan bot tunda dan baj itu.

Menurutnya bot tunda serta baj itu dilaporkan membawa muatan 2,499 tan minyak kelapa sawit yang dianggar bernilai RM14.99 juta. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");