Perak Hari Ini

Campak Ular: Polis Rakam Percakapan 21 Individu

IPOH:Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam 21 percakapan termasuk individu yang bertindak merakam dan menyebarkan video insiden sekumpulan murid dipaksa berjalan dalam kolam yang dicampak ular baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penyiasatan berhubung perkara tersebut masih berjalan dan semua pihak terlibat telah memberikan kerjasama yang baik.

Malah jelasnya, setelah selesai penyiasatan dibuat, ianya akan dirujuk kepada pihak Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tindakan individu yang merakam dan menyebarkan rakaman video tersebut bukanlah sasaran utama dan bertujuan memberkas mereka tetapi hanya ingin merakam percakapan mereka sebagai saksi utama kejadian itu.

“Di laman sosial terutamanya, masih tidak jelas dan ada yang mengatakan pihak Polis mensasarkan orang yang mengambil dan menyebarkan video berkenaan tetapi individu ini bukannya sasaran kami.

“Kami mencari dia kerana dia adalah saksi utama kepada kes tersebut kerana dia adalah orang pertama yang melihat perkara itu berlaku, siapa yang membaling ular ke dalam kolam itu dan apa jenis latihan yang murid tersebut jalani,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Meraikan Veteran & Bekas Polis Orang Asli (Senoi Praaq) sempena sambutan Ulang tahun Penubuhan Unit Komando 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia Kali ke-47 di Kem PGA Briged Utara di Ulu Kinta di sini, hari ini.

Terdahulu, insiden anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mencampakkan ular ke dalam kolam itu berlaku sewaktu kem bina diri yang disertai 45 murid SK Beluru mencetuskan kemarahan orang ramai.

Rakaman video yang tersebar sejak beberapa hari lalu turut mendapat kritikan netizen yang menganggap tindakan itu boleh mendatangkan trauma kepada pelajar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");