Membawang Hari Ini

Diana Danielle diberi watak penting

KEBERKESANANNYA membawa watak Nina dalam filem Hanyut yang akan ditayangkan November ini terus mengangkat nama Diana Danielle dalam dunia lakonan.

Kini, namanya menjadi pilihan pengarah-pengarah yang mahu bekerjasama dengannya dalam produksi.

“Kalau sebelum ini, saya hanya mendapat watak tempelan sahaja. Orang mungkin ingat saya tidak boleh berlakon.

“Selepas Hanyut, beberapa pengarah melihat saya boleh membawa watak utama dalam sesebuah naskhah dan mula percaya yang saya mampu menggalas tanggungjawab besar.

“Hasilnya, pengarah memberikan watak utama dalam beberapa filem seperti Histeria, Amukan Azazil dan Sembunyi,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pelakon yang lebih mesra disapa Didi itu berkata, selain menguji bakat lakonannya, filem tersebut menuntutnya menjadi lebih lasak.

Ada babak di dalam Hanyut yang memerlukan Diana mendayung sampan di sebalik kederasan arus Sungai Pahang.

“Untuk babak itu sahaja, mengambil masa agak lama iaitu sekitar dua minggu kerana arus sungai deras yang menyebabkan sampan saya tak bergerak.

“Saya bernasib baik kerana U-Wei mengupah penyelam supaya sampan saya bergerak. Sekarang ini, saya sudah pandai mendayung,” katanya.

Apabila mendengar Hanyut akan ditayangkan tidak lama lagi, terbit rasa lega di hatinya memandangkan dia sudah menunggu selama empat tahun untuk filem itu ditayangkan.

Ketika mula-mula diberitahu mengenai tayangan Hanyut, Diana masih enggan mempercayainya.

“Saya agak sedih apabila ada pihak yang memerli apabila bertanya mengenai perihal filem ini. Saya ada beberapa kali bertanya U-Wei bila filem ini akan dikeluarkan.

“Dia tidak berani berjanji bila filem ini akan dikeluarkan, namun berjanji berusaha supaya Hanyut dapat ditayangkan.

“Apabila U-Wei menghubungi saya dengan memaklumkan Hanyut akan ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi, saya sangat teruja dan tidak percaya mendengar berita itu,” jelasnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");