Membawang Hari Ini

Dicalon dalam kategori komedi, Mark Adam tak rasa dipersenda

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mark Adam, 37, tidak menganggap pencalonan beliau dalam kategori komedi Anugerah Melodi 2016 sebagai unsur mempersendakan dirinya.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam sebaliknya amat berpuas hati apabila dirinya dapat menghiburkan hati penonton, tidak kira dalam cabang seni apa sekalipun.

Beliau menjelaskan, biarpun dirinya menapak dalam industri hiburan menerusi nyanyian, namun artis kelahiran Filipina ini tidak ralat dikenali menerusi cabang seni lain.

“Inilah kali kedua saya dicalonkan dalam kategori komedi biarpun saya memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi. Asalkan penonton terhibur dengan jenaka bersahaja saya, tidak timbul perkara negatif lain kerana ia dilakukan seikhlas hati.

“Tidak salah rasanya untuk saya mencuba pelbagai cabang seni lain dan tidak hanya tertakluk pada bidang nyanyian. Selagi ada tawaran bersesuaian, saya mencabar diri untuk mengembangkan sayap dalam apa juga bidang berkaitan,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sidang media anugerah terbabit di Balai Berita Bangsar, di sini semalam.

Anugerah Melodi 2016 bakal berlangsung pada 10 Disember depan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Barisan pemenang bakal ditentukan menerusi undian sepenuhnya oleh penonton di www.anugerahmelodi.com.my bermula 31 Oktober hingga 30 November depan.

Sementara itu, penyanyi lagu Berat itu turut berkongsi berita dirinya baru saja selesai menjalani penggambaran program travelog selama dua minggu di Sabah untuk saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bukan mudah untuk mengacarakan program itu kerana saya belum fasih bertutur Bahasa Malaysia, namun saya menyahut cabaran dengan menerima tawaran berkenaan. Saya berjaya menerokai setiap pelusuk negeri Sabah dalam tempoh dua minggu penggambaran dijalankan,” kata Mark.

-Bh online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");