Jenayah

Didakwa palsukan dokumen kerajaan negeri

Kuala Terengganu: Bekas pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Daerah Dungun dijatuhi hukuman denda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memalsukan dokumen kerajaan negeri pada 2011.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mazita Ngah, 51, mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan.

Mengikut pertuduhan, Mazita didakwa memalsukan dua dokumen iaitu resit pelbagai hasil tanah kerajaan negeri Terengganu atas nama kakaknya, Maznah Ngah, 59, berjumlah RM1,550 bagi pertuduhan pertama dan RM225 bagi pertuduhan kedua di Pejabat Daerah Dungun pada 11 September 2011.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat melakukan penipuan bahawa Maznah membuat pembayaran bagi Notis Genap Masa Hasil Tanah Dibayar bagi nombor lot PT2345 melalui borang 5A, Kanun Tanah Negara sebagaimana resit berkenaan.

Mazita dikenakan hukuman denda RM7,000 dan RM6,000 bagi pertuduhan kedua atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Amer Abu Bakar Abdulllah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");