Jenayah

Didenda RM5,000 pamer nombor plat motosikal palsu

AYER KEROH – Gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal, seorang lelaki dikenakan denda RM5,000 atau penjara setahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Ahmad Daniel, 22, dari Alor Gajah itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin selepas jurubahasa mahkamah membacakan kertas pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai penunggang motosikal mempamerkan nombor plat bukan kepunyaan kenderaan itu di Jalan Munshi Abdullah, kira-kira jam 11 pagi, 27 April lalu.

Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 108(3)f Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan denda RM20,000 atau penjara satu hingga lima tahun.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nazif Ezra Abdul Rahman memohon mahkamah mengenakan hukuman yang wajar berikutan tertuduh mempunyai enam rekod jenayah lampau iaitu lima darinya bersabit Seksyen 379A Kanun Keseksaan dengan mencuri motor dan positif ujian air kencing, selain mempunyai 20 waran tangkap kerana tiada lesen memandu sejak 2012.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu merayu hukumannya berjalan serentak, selain memberi alasan menanggung isteri dan seorang anak kecil.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Analia mengenakan denda RM5,000 bagi atau penjara satu tahun jika gagal bayar, serta mengenakan RM6,000 bagi semua waran tangkap yang dikeluarkan, atau penjara satu tahun dan 10 bulan jika gagal bayar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");